Amanz x WD: Kenali Pemacu Cakera Keras WD – Siri 2

Amanz x WD: Kenali Pemacu Cakera Keras WD – Siri 2

Diterbitkan pada June 26, 2015 oleh .

Pada siri kedua video ini, penonton akan mendapat tahu secara lebih mendalam berkenaan fungsi khusus pada setiap pemacu cakera keras dari WD. Sepertimana yang kita sedia maklum pada siri video terdahulu, pemacu cakera keras WD dibezakan dengan nama berasaskan warna iaitu WD Blue, WD Green, WD Black, WD Red dan WD Purple.

WD Blue merupakan pemacu kelas asas dan hadir pada beberapa kapasiti, iaitu bermula 250GB hingga kapasiti maksimumnya 1TB. Ia juga hadir pada beberapa jenis cache, iaitu 16MB, 32MB dan juga 64MB. Jika inginkan kapasiti lebih besar, WD Green merupakan jawapannya. Pemacu cakera keras WD Green ditawarkan bermula pada kapasiti 500GB sehingga kapasiti maksimum 6TB. Berbeza dengan WD Blue, WD Green mempunyai fungsi IntelliPower yang mengimbangkan diantara prestasi dan kuasa elektrik yang digunakan.

Jika pengguna memerlukan prestasi yang tinggi, terdapat piliha ketiga iaitu WD Black. Meskipun ia mempunyai kelajuan yang sama dengan WD Blue, namun ia dilengkapi dengan fungsi-fungsi yang khusus untuknya dan salah satunya seperti Corruption Protection Technology yang mengurangkan risiko kerosakan data.

Seperti yang pernah ditulis mengenai sistem NAS, WD Red merupakan pemacu cakera keras dari WD dicipta khusus untuk sistem Network-Attached Storage atau nama singkatannya NAS. Pemacu WD Red ini sesuai untuk sebarang sistem NAS yang sedia ada.

Baca: Kenali NAS

Pemacu terakhir yang ditawarkan oleh WD ialah WD Purple. Ia dicipta khusus untuk sistem pemantauan CCTV. Dengan teknologi AllFrame, perisian terbina pada WD Purple ini mengurangkan kebarangkalian kesilapan serta pixellation pada rakaman video bagi menjamin rakaman sekuriti berkualiti tinggi sepanjang hari.

Turut sama dengan siri pengenalan pemacu cakera keras WD ini, pihak Western Digital Malaysia turut mengadakan peraduan menawarkan hadiah utama WD Black 4TB dan 10 unit cenderahati dari Western Digital. Peserta WAJIB menjawab soalan pada siri pertama terdahulu DAN siri kedua ini.

Soalan: Nyatakan TIGA teknologi yang terdapat pada WD Black.

Pemenang dipilih berdasarkan cabutan rawak yang telah menjawab soalan pada kedua-dua siri video ini, dan untuk siri kedua ini, kotak komentar dibawah akan dibuka sehingga Jumaat 3 Julai 11:59 malam. Cabutan rawak hanya akan dilakukan pada akhir minggu tersebut. E-mel yang digunakan untuk kedua-dua siri juga haruslah sama kerana e-mel tersebut juga akan digunakan bagi menghubungi pemenang. Peraduan ini dibuka kepada semua pembaca yang mempunyai alamat di Malaysia, dan sekiranya anda menang, anda akan dihubungi berdasarkan alamat emel yang digunakan ketika meninggalkan komen.

Kemaskini pemenang 18 Ogos 2015 dan ditambah menjadi 15 hadiah cenderahati:

Tahniah kepada Pemenang Utama WD Black 4TB: Azmi Amir Hassan.

Tahniah kepada 15 pemenang: Nia Hamapi, Effect, Iddeen, Ahmad Syahir, En Macbook Shah Alam, Rahman, Along, Epul, ManapMalboro, Ajim, Fateh, Piupiupiu, Hazz, Adnin, Archie5k. Pemenang telahpun dihubungi melalui emel.


TIPS & ULASAN