Sokongan Windows Server 2003 Berakhir Pada 15 Julai – Perusahaan Beralih Ke Windows Server 2012 R2, Termasuk BiotechCorp

Sokongan Windows Server 2003 Berakhir Pada 15 Julai – Perusahaan Beralih Ke Windows Server 2012 R2, Termasuk BiotechCorp

Diterbitkan pada June 26, 2015 oleh .

Setiap sistem operasi yang ditawarkan oleh Microsoft mempunyai jangka masa sokongan untuknya, termasuk sistem memfokuskan kepada perusahaan – Windows Server. Windows Server 2003 merupakan salah satu sistem operasi yang digunakan oleh perusahaan, dan dengan tarikh 15 Julai yang semakin hampir, sejumlah organisasi dan perusahaan telah pun mula beralih kepada Windows Server 2012 R2.

Salah satu syarikat tempatan yang turut beralih kepada versi terbarunya adalah Malaysian Biotechnology Corporation atau dikenali dengan nama ringkas BiotechCorp. BiotechCorp sebelum ini telah menggunakan Windows Server 2003 dan kini telah pun menaik-taraf sistem mereka kepada Windows Server 2012 R2.

Windows Server 2012Pemindahan kepada versi terkini ini bukan sahaja membawakan pelbagai sokongan baru, tetapi menurut BiotechCorp, mereka berjaya mengurangkan penggunaan tenaga sehingga 50% – salah satu sebabnya adalah kerana penyatuan pelayan yang berjaya dilakukan mereka, mengurangkan pelayan fizikal daripada 44 kepada hanya 9 sahaja.

Hyper-V 2012 R2 yang hadir bersama-sama dengan Windows Server terbaru ini turut menyertakan pelbagai fungsi menarik, seperti Live Migration, termasuk perlindungan daripada bencana yang hadir terbina.

BiotechCorp turut mengatakan pemindahan kepada platform terbaru daripada Microsoft ini membolehkan mereka menjimatkan penggunaan sumber, selain meningkatkan kadar keefisyenan hardware.

Microsoft akan menamatkan sokongan Windows Server 2003 pada 15 Julai 2015 ini, dimana sekiranya organisasi dan perusahaan kekal menggunakannya, mereka tidak lagi akan menerima sebarang kemaskini sekuriti dan sebagainya. Perkara ini sekaligus mendedahkan organisasi mereka kepada masalah sekuriti dan beberapa risiko lain.

Untuk memudahkan urusan pemindahan, pihak Microsoft sendiri menyediakan beberapa perkara, termasuk salah satunya adalah Migration Planning Assistant dalam memudahkan organisasi dan perusahaan untuk menganalisa dan menerima cadangan yang berkaitan.

Baca : Windows Server 2003


TIPS & ULASAN