Xperia C4 Dual Disenaraikan Oleh Sony Pada Harga RM1299 – Telefon Pintar Dwi-SIM Dengan Fokus Terhadap Selfie

Xperia C4 Dual Disenaraikan Oleh Sony Pada Harga RM1299 – Telefon Pintar Dwi-SIM Dengan Fokus Terhadap Selfie

Diterbitkan pada June 26, 2015 oleh .

Sony Malaysia telah melancarkan Xperia C4 Dual di Malaysia beberapa minggu lepas, tetapi ketika pelancaran mereka tidak mengumumkan sebarang harga untuknya. Kini, melalui kemaskini yang dilakukan pada laman web mereka, Sony Malaysia kini menyenaraikan Xperia C4 Dual pada harga RM1299.

Xperia C4 Dual

Xperia C4 Dual

Xperia C4 Dual

Xperia C4 Dual

Buat masa ini, Sony lebih kepada melakukan pra-tempahan dan pra-jualan untuk telefon pintar memfokuskan selfie ini, dan ia akan berterusan sehingga 2 Julai 2015 ini. Pengguna yang membuat pra-tempahan pada tempoh ini akan turut menerima mikro-SD percuma sebesar 16GB, selain Wefie Pod untuk memudahkan pengguna merakamkan gambar selfie.

Xperia C4 Dual membawakan skrin bersaiz 5.5-inci, dilengkapi cip lapan teras 1.7Ghz, memori 2GB RAM, serta ruangan storan sebesar 16GB. Telefon pintar ini turut dilengkapi bateri berkapasiti 2600mAh yang mampu bertahan selama 2 hari lamanya.

Menjadi fokus utama untuk telefon pintar ini adalah sokongan kamera hadapannya. Sony menyertakan kamera hadapan 5-megapixel dengan lensa rakaman luas, selain turut menyertakan LED Flash pada bahagian hadapan.

Di Malaysia, telefon pintar dwi-SIM ini akan ditawarkan dalam tiga pilihan warna, termasuk putih, hitam dan juga mint.

Xperia C4 Dual

Pra-Tempah Sony Xperia C4 Dual


TIPS & ULASAN