Apple Dilaporkan Memulakan Pengeluaran Awal Untuk iPhone Dengan Sokongan Force Touch

Apple Dilaporkan Memulakan Pengeluaran Awal Untuk iPhone Dengan Sokongan Force Touch

Diterbitkan pada June 27, 2015 oleh .

Apple sebelum ini telah memperkenalkan fungsi Force Touch pada Apple Watch, sebelum ia turut diperluaskan kepada Macbook tahun 2015 ini. Kini, lanjutan daripada pelbagai desas-desus berkaitan Apple akan menyertakan fungsi sama pada iPhone, Bloomberg melaporkan gergasi perkomputeran berkenaan telah pun memulakan pengeluaran iPhone generasi baru dengan fungsi Force Touch ini.

Melalui Force Touch, ia mengesan betapa kuatnya seseorang pengguna menekan skrin, dan hadir dengan beberapa fungsi tambahan melaluinya. Pada Macbook, salah satu perkara yang dipertontonkan oleh Apple adalah ketika memainkan video, dimana pengguna boleh tekan touchpad dengan Force Touch, dan ia akan forward dengan lebih pantas berdasarkan kepada kadar tekanan.

Melalui Force Touch untuk iPhone, Apple dijangka akan menyertakan fungsi berbeza mengikut kadar kekuatan pengguna menekan skrin berkenaan.

Rekabentuk iPhone untuk tahun ini dikatakan akan menyerupai versi tahun lepas, dan turut hadir dengan iOS 9 yang telah diperkenalkan Apple pada awal bulan ini.


TIPS & ULASAN