Cari @ Amanz

Pada peranti mudah-alih hari ini, salah satu masalah utama yang dihadapi ramai adalah masa penggunaan bateri yang sangat terhad memandangkan kapasiti yang bersaiz kecil. Beberapa peranti baru turut hadir dengan kapasiti lebih 3000mAh, tetapi penggunaan masih tidak dapat melangkaui lebih sehari.

Perkara ini membuatkan sejumlah syarikat berlumba untuk hadir dengan teknologi bateri baru. Samsung sendiri tidak ketinggalan, dan mereka kini mengumumkan mereka telah berjaya membangunkan bateri lithium-ion yang menyimpan lebih banyak tenaga.

Untuk menjayakannya, mereka gunakan bahan silicon anode yang menjadi lapisan ke atas graphene – sekaligus menambah-baik lagi kepadatan dan ketahanan tenaga padanya.

Kajian eksperimen awal dilihat menawarkan kepadatan sehingga 1.8 kali ganda berbanding sedia ada, dimana secara teorinya, ia menawarkan masa penggunaan bateri yang biasanya sekitar 12 jam kepada lebih kurang 21 jam lamanya.

Samsung masih melabelkan teknologi ini masih pada peringkat kajian lagi buat masa ini. Jadi, mungkin kita tidak akan melihat teknologi ini digunakan pada sebarang peranti pada tahun ini daripada Samsung.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd