BlackBerry Messenger Untuk Android Kini Hadir Dengan Rekaan Material Design – Menyertakan Fungsi Private Chat

BlackBerry Messenger Untuk Android Kini Hadir Dengan Rekaan Material Design – Menyertakan Fungsi Private Chat

Diterbitkan pada June 29, 2015 oleh .

BlackBerry Messenger merupakan salah satu aplikasi permesejan popular beberapa tahun yang lepas, tetapi ia tidak lagi pada masa kini. Namun, perkara tersebut tidak menghentikan pihak BlackBerry untuk hadir dengan sejumlah fungsi baru untuk perkhidmatan permesejan mereka.

BBM Android

Sebelum ini, BlackBerry telah memperkenalkan BBM untuk Android, dan kini mereka mengemaskini BBM untuk Android dengan hadir menggunakan antaramuka Material Design – sekaligus menjadikan ia beroperasi seperti pelbagai aplikasi popular lain pada platform Android.

Disamping kemaskini antaramuka, pihak BlackBerry juga turut menyertakan fungsi baru pada perkhidmatan permesejan berkenaan, dinamakan sebagai Private Chat.

Menggunakan Private Chat ini, pengguna boleh bersembang antara satu sama lain secara anonymous, dimana tiada nama dipaparkan ketika berbual. Walaubagaimanapun, untuk menggunakan perkhidmatan ini, pihak BlackBerry mengecas $0.99 sebulan.

Selain daripada itu, fungsi lain seperti sticker, penghantaran mesej bermasa, perkongsian gambar dan pelbagai perkara lain turut dikekalkan melalui kemaskini aplikasi baru ini.

Bagi pengguna Android yang berminat, anda boleh memuat-turun BBM untuk Android hari ini, dan menikmati antaramuka baru yang dibawakan oleh mereka ini.

BBM Android

Muat-Turun BlackBerry Messenger untuk Android


TIPS & ULASAN