(Ura-Ura) U Mobile Bakal Memperkenalkan Pelan Pascabayar Dengan Data 3GB Pada Langganan RM28 Sebulan

(Ura-Ura) U Mobile Bakal Memperkenalkan Pelan Pascabayar Dengan Data 3GB Pada Langganan RM28 Sebulan

Diterbitkan pada June 29, 2015 oleh .

Akhir-akhir ini, Celcom dan Digi telah hadir dengan penawaran pelan baru yang menawarkan data sebanyak 3GB pada harga langganan dibawah RM40. Dengan dua-dua syarikat berkenaan menawarkan pelan pada harga rendah, persaingan daripada syarikat lain dinantikan – dan kini dikatakan U Mobile bakal menawarkan pelan data sebanyak 3GB pada harga RM28 sebulan.

U Mobile sendiri dijangka akan mengumumkan pelan pascabayar terbaru mereka pada minggu ini, dan info baru ini dilihat tertiris beberapa hari lebih awal daripada pengumuman rasmi pihak U Mobile.

Menurut apa yang tertiris, U Mobile dikatakan akan menawarkan langganan data sebanyak 1GB+2GB pada harga langganan RM28 sebulan. U Mobile juga dilihat akan menawarkan tambahan panggilan selama 50 minit untuk semua talian, selain penawaran SMS percuma.

UMobile RM28

Namun, mngikut apa yang diperkatakan, berkemungkinan penawaran U Mobile ini dibahagikan mengikut masa, dimana tambahan 2GB mungkin dihadkan kepada penawaran off-peak atau ketika tengah malam sahaja.

Seperti biasa, ini hanya desas-desus awal sahaja tanpa sebarang komen daripada pihak U Mobile buat masa ini. Pihak U Mobile dijangka akan berkongsi lanjut mengenai pelan terbaru mereka pada minggu ini, dan sama-sama kita nantikan apakah yang bakal diumumkan oleh mereka kelak.

Dikemaskini (29 Jun, 2petang) : U Mobile memperkenalkan pelan data pascabayar baru secara rasminya.


TIPS & ULASAN