Cari @ Amanz

OnePlus Two akan dilancarkan secara rasmi bulan hadapan. Setakat ini hanya beberapa maklumat tentang peranti ini diketahui seperti pengguna pemproses Snapdragon 810 dan port pengecasan USB-C. Hari ini dua gambar peranti yang dikatakan OnePlus Two tertiris. Panel belakang diperbuat daripada kayu dengan bulatan hitam yang kelihatan seperti sebuah pengimbas cap jari. Kesahihan gambar ini tidak dapat dipastikan tetapi rekaan belakangnya kelihatan agak aneh.Sama-samalah kita nantikan kemunculannya 27 Julai akan datang untuk mengetahui kekasihan dua gambar di bawah.

oneplus-2-leaked-1-640x317

oneplus-2-leaked-2

 

 

 

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd