U Mobile Memperkenalkan Pelan Pascabayar 3GB Pada Harga RM28 Sebulan, Hadir Dengan Panggilan Dan SMS Percuma

U Mobile Memperkenalkan Pelan Pascabayar 3GB Pada Harga RM28 Sebulan, Hadir Dengan Panggilan Dan SMS Percuma

Diterbitkan pada June 29, 2015 oleh .

Seperti desas-desus sebelum ini, hari ini UMobile secara rasminya telah pun memperkenalkan pelan pascabayar terbaru daripada mereka, membawakan langganan data pada harga RM28 untuk 3GB. Disamping itu, mereka turut menyertakan panggilan percuma selama 50 minit, selain SMS percuma sebanyak 300SMS.

Penawaran ini hadir daripada U Mobile selepas Celcom dan Digi masing-masing hadir dengan pelan 3GB pada harga rendah.

UMobile RM28

Penggunaan data 3GB daripada UMobile adalah sepanjang hari dan bukannya seperti desas-desus sebelum ini mengatakan ia mungkin dibahagikan kepada offpeak. Dengan pengenalan penawaran ini, UMobile menjadi syarikat telekomunikasi yang menawarkan pelan data paling murah buat masa ini berbanding pelbagai syarikat telekomunikasi yang lain.

Disamping itu, UMobile turut menawarkan pelan 5GB pada harga langganan RM50 sebulan, dan juga 7GB pada harga langganan RM70 sebulan. Secara purata, UMobile menawarkan langganan data pada harga RM10 bagi setiap 1GB data melalui pakej mereka, selain turut melengkapkannya dengan penawaran masa panggilan percuma, SMS percuma, serta 50MB setiap hari ketika membuat perayauan di beberapa negara terpilih.

UMobile mengatakan pelan ini hanya terhad kepada mereka yang mendaftar dengan mereka sebelum 31 Ogos 2015 ini sahaja.


TIPS & ULASAN