Cari @ Amanz

Bagi kebanyakkan pengguna tempatan, ramai yang menantikan bilakah kawasan rumah mereka akan diliputi oleh rangkaian internet berkelajuan tinggi – terutamanya daripada Telekom Malaysia, iaitu Unifi. Bagi warga Kelantan yang menantikan perkhidmatan berkenaan, kini Telekom Malaysia mengatakan ia bakal hadir seawal bulan Ogos 2015 ini.

Melalui UniFi, pengguna boleh menikmati sambungan internet pada kelajuan 5Mbps, selain turut dilengkapi dengan sokongan panggilan suara, dan juga HyppTV.

Pada awalnya, Telekom Malaysia menyasarkan untuk memperkenalkan Unifi di Kelantan sekitar penghujung 2013 yang lepas, tetapi ia dilihat telah ditangguhkan beberapa kali.

Di Kelantan, Telekom Malaysia akan memulakan penawaran mereka di beberapa buah lokasi utama terlebih dahulu, iaitu sekitar Kota Baharu, Kubang Kerian dan juga Pengkalan Chepa.

Telekom Malaysia mengatakan mereka menyasarkan lebih kurang 5000 pelanggan berdaftar di Kelantan menjelang Mac 2016 kelak selepas Unifi diperkenalkan pada bulan Ogos ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd