Cari @ Amanz

Aplikasi mencari jodoh banyak berada di pasaran. Untuk manusia heteroseksual terdapat Tinder yang memudahkan anda mencari jodoh dengan individu yang berada berhampiran anda. Kepada yang homoseksual pula ada aplikasi Grindr. Kesemua aplikasi ini dicipta bagi mempermudahkan proses menemui jodoh di dalam dunia yang memerlukan kepantasan dalam segala perkara. Kini wujud sebuah lagi aplikasi untuk mencari jodoh berdasarkan anjing belaan yang dimiliki.

Tindog-1

Tindog membolehkan insan pencinta anjing untuk mencari jodoh di kalangan pencinta anjing yang lain. Selain gambar sendiri pengguna Tindog perlu memuat naik gambar anjing belaan mereka juga. Aplikasi dicipta kerana kesukaran mencari teman hidup yang bukan sahaja sesuai dengan tuan malahan anjing yang dipelihara. Aplikasi ini boleh dimuat turun oleh pengguna Android dan juga iOS.

Di Malaysia mungkin ada pembangun aplikasi boleh mewujudkan Tincat pula untuk memudahkan pencinta kucing mencari jodoh di kalangan mereka. Kucing adalah haiwan yang sangat popular di internet dan di kalangan rakyat Malaysia. Aplikasi yang mensasarkan golongan pencinta kucing pasti mendapat sambutan yang hangat.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd