Nokia mengumumkan akan memasuki semula arena penghasilan telefon pintar pada tahun hadapan. Kini terdapat ura-ura bahawa telefon pintar Android mereka kelak akan dihasilkan oleh Foxconn. Foxconn dipilih kerana Nokia berpuas hati dengan kerjasama mereka sebelum ini untuk menghasilkan tablet Nokia N1. Nokia tidak lagi mampu menghasilkan peranti mereka sendiri setelah menjual kesemua kilang milik mereka kepada Microsoft. Kehadiran semula Nokia ke persada peranti mudah alih ini sangat dinantikan kerana mereka adalah nama besar dunia peranti mudah alih dan masih mampu mereka peranti yang baik. Persoalannya ialah adakah Nokia akan menggunakan Android Vanilla atau terus menggunakan antaramuka Z Launcher. Secara peribadi kami rasakan jika ada wujud Nokia Nexus tahun hadapan kami antara orang pertama yang akan membelinya.