Cari @ Amanz

Gambar telefon pintar Motorola Moto G telah tertiris beberapa hari sebelum ini, memperlihatkan gambar fizikal peranti berkenaan. Gambar yang tertiris berkenaan boleh dikatakan tidak begitu jelas, dan hari ini, sebuah imej peranti berkenaan hadir ke arena web dan memperlihatkan dengan lebih jelas Moto G 2015 yang bakal diperkenalkan.

Moto G 2015

Rekaan bahagian hadapan untuk Moto G 2015 masih menyerupai apa yang dibawakan oleh Moto G sebelum ini tanpa sebarang perubahan drastik. Tetapi pada bahagian belakang, ia dilihat seperti membawakan rekaan teksture, selain turut membawakan perubahan sedikit rekaan pada posisi kamera.

Mengikut maklumat tertiris sebelum ini, Moto G 2015 dikatakan akan menggunakan cip pemprosesan Snapdragon 410, memori 1GB RAM, serta skrin bersaiz 5-inci. Pihak Motorola dilihat menaik-taraf penggunaan kamera belakang kepada 13-megapixel, serta kamera hadapan 5-megapixel.

Buat masa ini, ia tidak diketahui lagi bilakah Motorola yang kini dimiliki oleh Lenovo akan memperkenalkan Moto G generasi ketiga ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd