Perancis Mengharamkan Penggunaan Kit Bebas Tangan Ketika Memandu

Perancis Mengharamkan Penggunaan Kit Bebas Tangan Ketika Memandu

Diterbitkan pada June 30, 2015 oleh .

France-Ban-HeadsetsKit bebas tangan sudah wujud sejak peranti mudah alih mula dijual lebih dua dekad yang lalu. Ianya kini disertakan sekali dengan setiap pembelian peranti. Ianya digunakan bagi memudahkan anda menggunakan peranti ketika memandu ataupun melakukan tugasan lain. Di Malaysia adalah salah disisi undang-undang sekiranya anda menggunakan telefon tanpa kit bebas tangan ketika memandu.

Di Perancis terdapat undang-undang baru yang mengharamkan penggunaan kit bebas tangan ketika memandu ataupun menunggang kenderaan. Pihak berkuasa Perancis mendapati penggunaan kit bebas tangan tidak mengurangkan kadar kemalangan dan pengharaman penggunaan peranti secara menyeluruh ketika memandu adalah lebih baik. Kajian menunjukkan kemalangan adalah disebabkan oleh kegagalan pemandu untuk menumpukan perhatian kerana berbual menerusi telefon dan bukannya kerana mereka memegang peranti.

Mereka yang didapati bersalah akan didenda €135 (RM 570) dan menerima 3 markah demerit kepada lesen memandu mereka. Pengecualian hanya diberikan kepada OKU pendengaran, polis, bomba dan pemandu ambulans. Adakah langkah yang dilakukan oleh Perancis ini masuk akal dan harus dicontohi oleh pihak berkuasa tempatan?


TIPS & ULASAN