Kemas Kini iOS 8.4 Boleh Dimuat Turun Bermula 11 Malam Ini

Kemas Kini iOS 8.4 Boleh Dimuat Turun Bermula 11 Malam Ini

Diterbitkan pada June 30, 2015 oleh .

Apple Music akan dilancarkan hari ini dan ia memerlukan akan mengemaskini peranti kepada iOS 8.4. Kemas kini kepada versi terkini sistem operasi ini boleh dilakukan pengguna di Malaysia bermula jam 11 malam ini. Dengan Apple Music pengguna dapat melakukan penstriman muzik dan mendengar siaran radio Beats 1. Kepada pengguna iOS 9 Beta, Apple akan turut akan membenarkan anda melakukan kemas kini bagi membolehkan anda menggunakan Apple Music.

Apple Music

Apple Music cuba menerjah masuk ke pasaran penstriman muzik yang kini dikuasai oleh Spotify. Mereka sudahpun berjaya mendapatkan hak siaran eksklusif beberapa album pemuzik ternama seperti Taylor Swift dan juga Dr Dre. Mereka juga dipercayai akan mendapat hak penstriman eksklusif keseluruhan katalog album The Beatles. Kepada pengguna peranti iOS adakah anda akan melanggan kepada Apple Music kelak? Secara peribadi kami merasakan harga langganan $ 9.99 sebulan adalah agak mahal jika dibandingkan dengan apa yang ditawarkan oleh Spotify. Kami juga tidak berminat untuk mendengar album terkini Taylor Swift.


TIPS & ULASAN