Cari @ Amanz

Google mempunyai penawaran perkhidmatan pemetaan mereka dinamakan Google Maps, dan juga perkhidmatan yang menawarkan paparan satelit dinamakan Google Earth. Hari ini, Google menyambut ulang-tahun ke-10 untuk perkhidmatan tersebut, selain menambah beberapa perkara baru.

Google Earth merupakan salah satu perkara yang dikagumi oleh ramai pengguna, apatah lagi dengan fungsi zoom ke sesuatu lokasi.

Bersempena dengan ulang-tahun ke-10, Google mengumumkan fungsi Voyager, dimana menggunakannya ia membawa pengguna ke lokasi pengimejan yang menarik di dunia, dan menambah sebuah paparan baru dinamakan Voyager.

Google Earth

Fungsi ini ditawarkan untuk pengguna desktop sahaja buat masa ini, dimana ia memaparkan lokasi menarik daripada Street View, imej satelit terakhir yang dikemaskini, melihat bandar dalam bentuk 3D, melihat paparan Earth View, mahupun membuat lawatan maya terus pada Google Earth.

Bercakap mengenai Earth View, Google turut menyediakan sebuah pemalam dan web khusus untuk memudahkan pengguna melihat koleksi gambar daripada pelbagai lokasi menarik seluruh dunia. Menggunakan pemalam khusus daripada Google, ia akan memaparkan gambar baru pada halaman tab baru anda setiap kali anda membukanya.

Dengan Google Earth yang kini berusia sedekad, mungkin kita akan melihat lebih banyak perkara baru hadir daripada mereka dari semasa ke semasa.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd