Cari @ Amanz

Dengan perkembangan pesat laman sosial Facebook, salah satu perkara yang turut dilakukan oleh pemilik perniagaan pada perkhidmatan tersebut adalah mengiklankan produk dan perkhidmatan mereka. Sehingga kini, pengguna perlu menggunakan versi web untuk tujuan tersebut, dan kini Facebook turut hadir dengan sebuah aplikasi khusus di platform Android untuk tujuan berkenaan.

Facebook Ads Manager

Menggunakan aplikasi Facebook Ads Manager, pengiklan boleh membuat pengurusan pengiklanan mereka. Melaluinya, kempen pengiklanan baru boleh dilakukan, selain Facebook turut memudahkan pemantauan sesuatu kempen dari segi prestasi dan juga jumlah wang yang telah dibelanjakan. Memandangkan ia menggunakan peranti mudah-alih anda, maka anda boleh turut menerima notifikasi serta merta berkenaan dengan prestasi pengiklanan anda tanpa perlu membuka web seperti sebelumnya.

Bagi anda yang sering mengiklan di Facebook, mungkin boleh memuat-turun aplikasi Facebook Ads Manager ini hari ini dan menggunakannya dalam menguruskan pengiklanan anda.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd