Cari @ Amanz

Terdapat pelbagai peranti dihasilkan bagi mengubah peranti pintar biasa menjadi alat rakaman gambar dan video profesional. Sebelum ni ada kami paparkan cangkerang Manfrotto yang mengubah sebuah iPhone menjadi kamera gambar yang sesuai digunakan golongan profesional. IndieVice ialah cagak yang dikatakan mampu mengubah mana-mana peranti pintar menjadi perakam video yang sesuai digunakan golongan profesional.

IndieVice-3

IndieVice mempunyai cagak untuk pelbagai lensa kamera DSLR. Terdapat juga alat pemegang dengan butang Bluetooth terbina bagi mengawal fungsi rakaman dan zoom keluar masuk. IndieVice turut mempunyai cagak untuk mikrofon, lampu, tripod, viewfinder fizikal dan pelbagai lagi aksesori yang biasanya digunakan untuk perakam video. Selain telefon pintar, IndieVice juga boleh digunakan oleh kamera GoPro dan Sony QX. Harga jualan satu set IndieVice bermula dari $125. Ini adalah harga yang menarik bagi mereka yang mahu menghasilkan video menggunakan hanya peranti pintar tanpa perlu berbelanja besar.

IndieVice-1

IndieVice-2

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd