Pemandu MyTeksi Membuat Bantahan Terhadap GrabCar – Ingin Berhenti Guna MyTeksi Sementara

Pemandu MyTeksi Membuat Bantahan Terhadap GrabCar – Ingin Berhenti Guna MyTeksi Sementara

Diterbitkan pada June 30, 2015 oleh .

MyTeksi merupakan salah satu aplikasi yang menawarkan tempahan teksi dengan mudah, selain mereka turut menawarkan perkhidmatan tambahan dengan kenderaan selain teksi, dinamakan sebagai GrabCar. Kini, nampaknya pemandu teksi dibawah MyTeksi tidak mengemari perkhidmatan tersebut dan membuat protes terhadap perkhidmatan GrabCar yang turut ditawarkan oleh syarikat sama.

GrabCar menggunakan kenderaan selain teksi, dan pemandunya tidak mempunyai lesen pemandu awam seperti yang diperlukan oleh pemandu teksi. Ini melahirkan ketidak-puas hatian oleh pemandu MyTeksi. Pemandu MyTeksi yang terlibat dengan protes ini mengatakan GrabCar tidak mematuhi undang-undang SPAD dan masih beroperasi seperti biasa.

Sebagai langkah protes, pemandu dari Persatuan Pemandu Teksi Subang Jaya mengatakan mereka akan berhenti menggunakan aplikasi MyTeksi selama lima hari, selain turut akan menanggalkan bahan promosi MyTeksi pada teksi yang dipandu mereka. Mereka juga turut mengatakan tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan lebih besar seperti menghalang jalan di beberapa lokasi.


TIPS & ULASAN