MyTeksi Membuat Penghantaran Kuih Raya Bersempena Dengan Hari Raya

MyTeksi Membuat Penghantaran Kuih Raya Bersempena Dengan Hari Raya

Diterbitkan pada June 30, 2015 oleh .

MyTeksi sebelum ini telah hadir dengan beberapa penawaran khusus bersempena dengan sesuatu perkara. Terkini, bersempena dengan musim perayaan, mereka hadir dengan penawaran baru dinamakan #JomRaya yang membolehkan para pengguna membuat penghantaran kuih raya ke rumah.

MyTeksi JomRaya

Melaluinya, kini MyTeksi menambah sebuah pilihan baru pada aplikasi mereka dinamakan sebagai JomRaya. Pengguna boleh membuat penghantaran pakej khas JomRaya ini yang terdiri daripada satu bungkusan kurma, satu kotak tat nenas, dan satu kotak biskut coklat almond. MyTeksi mengecas RM19.90 untuk tujuan penghantaran ini.

MyTeksi mengatakan penghantaran akan dilakukan dalam tempoh sejam selepas tempahan dibuat pada aplikasi berkenaan, dan terhad kepada 500 penghantaran sahaja setiap hari. Seperti beberapa penawaran sebelum ini, JomRaya ini juga terhad kepada pengguna di Lembah Klang sahaja.


TIPS & ULASAN