Honor 7 Dilancarkan Dengan Kamera Belakang 20-Megapixel, Serta Rekaan Berasaskan Logam

Honor 7 Dilancarkan Dengan Kamera Belakang 20-Megapixel, Serta Rekaan Berasaskan Logam

Diterbitkan pada June 30, 2015 oleh .

Huawei hari ini telah melancarkan telefon pintar terbaru dibawah keluarga Honor, iaitu Honor 7. Honor 7 dilihat sebagai peranti premium terbaru menggantikan Honor 6 Plus sebelum ini, dan hadir dengan rekaan berasaskan logam sepenuhnya.

Huawei Honor 7

Honor 7 hadir dengan skrin bersaiz 5.2-inci dengan paparan 1080p, menggunakan cip pemprosesan Kirin 935 yang dibangunkan oleh Huawei, serta memori sebanyak 3GB RAM. Huawei menawarkan tiga variasi Honor 7, iaitu versi asas 16GB LTE, versi dwi-SIM LTE, serta versi dengan storan 64GB. Pengguna seperti biasa turut boleh memperluaskan ruangan storan Honor 7 dengan menggunakan kad mikro-SD.

Untuk tujuan rakaman, Honor 7 hadir dengan kamera belakang 20-megapixel f2.0, serta dilindungi dengan kaca sapphire. Huawei turut menggunakan kamera 8-megapixel dengan lensa rakaman luas pada bahagian hadapan. Pada bahagian bawah kamera belakang pula Huawei menyertakan sokongan pengimbas cap jari, seperti terdapat pada peranti keluaran Huawei sebelum ini.

Huawei Honor 7

Huawei Honor 7

Honor 7 turut menyertakan bateri berkapasiti 3100mAh dengan sokongan pengecasan pantas, dimana dikatakan boleh mengecas penuh dalam masa 1 jam 25 minit, ataupun lebih kurang 50% dalam masa 30 minit sahaja.

Untuk tujuan perisian, Honor 7 dijana menggunakan Android 5.0 Lollipop serta antaramuka EMUI 3.1. Penggunaan antaramuka EMUI 3.1 membawakan beberapa fungsi tambahan, termasuk pilihan tema dan beberapa penambahan lain dalam menjadikan peranti Honor 7 menarik.

Honor 7 bakal dijual pada harga bermula $322 (~RM1216). Ia akan dipasarkan bermula di China, dan mungkin mengambil beberapa bulan sebelum hadir ke Malaysia.


TIPS & ULASAN