Ketika acara pelancaran Meizu MX5, pihak Meizu turut memperkenalkan beberapa aksesori baru mereka, dan salah satunya adalah Meizu Power Bank. Ia hadir dengan kapasiti storan 10,000mAh, dan salah satu ciri menarik pada Power Bank ini adalah sokongan pengecasan pantas.
Seperti ramai sedia maklum, ia mengambil masa yang lama untuk mengecas sesuatu Power Bank, terutamanya yang berkapasiti besar. Dengan sokongan pengecasan pantas ini, Meizu dilihat ingin mengatasi perkara tersebut. Meizu Power Bank berkapasiti 10,000 mAh ini dikatakan mampu dicas penuh dalam masa lebih kurang 3.5 jam.
Meizu juga turut menyertakan pengecasan pantas dua-hala, dimana peranti yang dihubungkan ke Meizu Power Bank ini turut boleh menikmati sokongan pengecasan pantas (bergantung kepada teknologi yang disokong oleh peranti mereka).
Selain Meizu PowerBank, mereka turut memperkenalkan peranti memfokuskan kepada teknologi realiti-maya, dinamakan sebagai Meizu Depth-VR, dimana secara kasarnya berfungsi seumpama Google Cardboard. Teknologi penuh disebaliknya masih menjadi tanda tanya buat masa ini.