Cari @ Amanz

OpenDNSOpenDNS merupakan salah satu perkhidmatan memfokuskan kepada sekuriti atas rangkaian, dan perkhidmatan DNS percumanya digunakan oleh lebih daripada 50 juta pengguna seluruh dunia. Hari ini, Cisco, salah satu syarikat IT terkemuka mengumumkan ingin mengambil-alih OpenDNS pada nilai $635 juta.

OpenDNS, selain menawarkan perkhidmatan DNS yang dipercayai ramai kepada pengguna, mereka juga menyediakan perkhidmatan Parental Control untuk mengelak daripada kanak-kanak membuka laman-laman berbahaya. Disamping itu, OpenDNS turut menyediakan perkhidmatan khusus untuk perusahaan.

Pengambil-alihan OpenDNS oleh Cisco ini akan membawa sedikit perubahan dari segi operasi, tetapi pihak Cisco menekankan perkhidmatan DNS percuma daripada OpenDNS akan dikekalkan seperti biasa. Beberapa produk lain akan diintegrasikan kepada produk Cisco selepas transkasi pengambil-alihan ini selesai.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd