Xperia Z3+ mungkin akan dilancarkan di Malaysia dalam masa terdekat. Sungguhpun begitu peranti utama terkini dari Sony ini masih lagi mempunyai masalah pemanasan berlebihan akibat menggunakan pemproses Snapdragon 810. Sungguhpun begitu hari ini ada sedikit berita baik kepada mereka yang ingin membeli Xperia Z3+. Laman DXOPlus mengumumkan kamera 20.7 Megapixel yang digunakan adalah setanding sebuah iPhone 6 Plus tetapi masih di belakang Samsung Galaxy S6 dan Note 4. Ini juga meletakkannya satu tempat lebih baik berbanding Xperia Z3. Antara komen yang diberikan ialah ia mempunyai auto-fokus yang pantas dan dedahan yang baik. Kekurangan ialah ia masih tidak mempunyai sokongan OIS.
Divisyen peranti pintar Sony mungkin sedang mengalami masalah sehingga terpaksa mengurangkan pekerja. Tetapi kemampuan kamera mereka memang tidak boleh disangkal dengan banyak pengeluar lain menggunakan sensor yang dihasilkan Sony. Kami berharap dapat mengulas Xperia Z3+ apabila ia tiba di pasaran tempatan untuk melihat sendiri kualiti gambar yang boleh diambil kameranya kelak.