Nyko Data Bank – Memudahkan Proses Menambah Storan Sony PlayStation 4
Artikel Berkaitan

Nyko Data Bank – Memudahkan Proses Menambah Storan Sony PlayStation 4

Diterbitkan pada July 1, 2015 oleh .

Model baru Playstation 4 dengan storan sebesar 1 Terabyte diumumkan minggu lalu. Model baru ini memberikan storan lebih besar berbanding model sebelum ini yang hanya dilengkapi cakera keras 500 Gigabyte. Kepada pemilik PlayStation 4 yang sedia ada Nyko Data Bank akan memudahkan proses menambah storan dalaman.

Nyko-Data-Bank

Ianya boleh dipasang terus kepada tubuh PlayStation 4. Di dalamnya terdapat ruang simpanan untuk sebuah cakera keras sebesar 3.5″. Ini memberikan anda kemampuan untuk menambah storan dalaman sehingga 2 Terabyte. Ia dijual pada harga $39.99 sebuah tanpa cakera keras. Anda boleh memilih sendiri saiz storan dan jenis cakera keras anda untuk diletakkan di dalamnya. Tanpa Nyko Data bank pilihan anda terhad kepada cakera keras sebesar 2.5″ sahaja. Setakat ini PlayStation 4 kami masih lagi mempunyai ruang storan yang mencukupi. Apabila tiba masanya untuk menambah storan Nyko Data Bank nampak seperti pilihan yang baik dan kemas.

 

 


TIPS & ULASAN