MyTeksi Menawarkan Diskaun RM5 Untuk Menaiki GrabCar Dari Pukul 4 Petang Ke 9 Malam Sempena Ramadan

MyTeksi Menawarkan Diskaun RM5 Untuk Menaiki GrabCar Dari Pukul 4 Petang Ke 9 Malam Sempena Ramadan

Diterbitkan pada July 1, 2015 oleh .

Selain dari promosi penghantaran kuih raya menggunakan teksi, MyTeksi juga turut menyediakan sesuatu yang khusus sempena bulan Ramadan ini melalui armada GrabCar mereka. Pengguna berpeluang untuk mendapatkan diskaun RM5 untuk perjalanan mereka serta berpeluang memenangi baucer bernilai sehingga RM 1,500.

Bagi mendapatkan promosi ini, pengguna hanya perlu mendaftar dan menggunakan aplikasi MyTeksi dan memilih pilihan GrabCar. Kemudian, pengguna perlu memasukkan kod promosi AMANZGC dan perjalanan tersebut akan menerima diskaun RM 5. Perjalanan yang dipilih adalah terhad kepada lokasi berikut:

  • Bazar Ramadan Seksyen 17
  • Bazar Ramadan Seksyen 14
  • Bazar Ramadan Jalan Telawi Bangsar
  • Bazar Ramadan Masjid India
  • Bazar Ramadan Kampung Baru

Kod ini hanya boleh diaktifkan dari pukul 4 petang sehingga 9 malam dan promosi ini akan tamat pada 8 Julai ini dimana pemenang yang bertuah akan diumumkan pada 11 Julai 2015. Menariknya kod ini boleh digunakan berulang-kali dan setiap penggunaan kod ini juga bermaksud satu penyertaan dari pengguna tersebut.

Terma & Syarat: Berbuka dengan GrabCar


TIPS & ULASAN