MiBand Generasi Baru Bakal Hadir Dengan Sensor Denyutan Jantung?

Diterbitkan pada July 1, 2015. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Xiaomi MiBand yang telah diperkenalkan pada tahun lepas merupakan salah satu peranti berbentuk gelang-tangan pintar yang digunakan ramai – salah satu faktornya adalah disebabkan harganya yang hanya sekitar RM59. Kini, pada tahun ini, pihak Xiaomi dijangka akan memperkenalkan generasi baru peranti berkenaan.

Xiaomi Mi Band 1S

Terkini, ia dilihat Xiaomi MiBand generasi baru tiba untuk pengesahan badan berkuasa di Taiwan – yang mana merupakan salah satu proses biasa sebelum ia dilancarkan dan dipasarkan. Melalui apa yang hadir dan diperlihatkan, MiBand generasi baru ini dilihat menyertakan sokongan sensor denyutan jantung pada bahagian belakangnya.

Rekaan menyeluruh adalah lebih kurang sama, dan membezakannya adalah hanya sensor pada bahagian belakang. Penyertaan sensor ini mungkin membuatkan gelang tangan pintar ini sekali lagi menjadi minat ramai bagi mereka yang memfokuskan kepada kecergasan.

Buat masa ini, ia tidak diketahui lagi berkenaan bilakah pihak Xiaomi akan melancarkannya secara rasmi.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami