Google Malaysia Mengumumkan Google Ignite – Membantu Graduan Mendapatkan Latihan Industri Dalam Pemasaran Digital

Google Malaysia Mengumumkan Google Ignite – Membantu Graduan Mendapatkan Latihan Industri Dalam Pemasaran Digital

Diterbitkan pada July 2, 2015 oleh .

Google Malaysia hari ini secara rasminya mengumumkan inisiatif terbaru mereka hasil bekerjasama dengan beberapa universiti tempatan untuk projek dinamakan sebagai “Google Ignite”. Melalui projek ini, Google ingin memberikan tumpuan kepada membolehkan para graduan pada tahun akhir untuk menyertai latihan industri memfokuskan kepada pemasaran digital berasaskan platform Google.

Seperti ramai sedia maklum, kini dunia beralih kepada dunia digital, dan kaedah pemasaran juga berubah dari tahun ke tahun. Pemasaran digital kini telah menjadi salah satu perkara utama yang perlu dipelajari, dan hasil kerjasama ini, Google bersama-sama rakan kerjasama mereka menyediakan pelajar untuk menghadapi dunia sebenar yang berubah dengan pantas.

Google Ignite

Tujuh universiti pertama yang terlibat dalam inisiatif ini adalah Universiti Malaya, Universiti Tunku Abdul Rahman, universiti Limkokwing, Universiti Antarabangsa INTI, Universiti Taylor, Universiti Sunway, dan juga Universiti Multimedia.

Program ini akan dilaksanakan bermula Julai hingga penghujung Oktober ini, dimana untuk fasa pertama, ia akan menempatkan lebih kurang 150 pelajar di pelbagai agensi digital terbesar di Malaysia. Bagi mereka yang tidak mendapat penempatan latihan indsutri pula, Google akan menawarkan program pensijilan Google Adwords.

Dengan program ini, Google Malaysia berharap agar dapat terus meningkatkan ekosistem digital, selain turut meningkatkan bakat dalam industri digital Malaysia. Selain program tahun ini, Google juga berharap untuk menjadikan program “Google Ignite” ini sebagai sebuah program tahunan serta menambah lebih banyak pusat pengajian.

Layari : Google Ignite


TIPS & ULASAN