Video Trailer Pertama Untuk Filem Steve Jobs Diterbitkan – Di Malaysia Ditayangkan Pada Januari 2016

Video Trailer Pertama Untuk Filem Steve Jobs Diterbitkan – Di Malaysia Ditayangkan Pada Januari 2016

Diterbitkan pada July 2, 2015 oleh .

Steve Job merupakan salah satu nama yang tidak asing dalam dunia teknologi mahupun pemasaran. Sebelum ini, sebuah filem biografi beliau telah diterbitkan, dan kini pada tahun ini, sebuah lagi filem baru dijangka akan hadir dan watak Steve Jobs dilakonkan oleh Michael Fassbender.

Selepas teaser ringkas sebelum ini, hari ini Universal Pictures telah pun mengeluarkan video trailer pertama untuk filem berkenaan, memperlihatkan secara kasar apakah yang bakal dibawakan oleh filem berkenaan.

Filem ini dijadualkan untuk tayangan di Amerika Syarikat pada bulan Oktober 2015 ini, namun, untuk pasaran Malaysia, United International Pictures Malaysia mengatakan ia akan ditayangkan pada 21 Januari 2016 kelak.


TIPS & ULASAN