Pengguna Mac OS X Kini Boleh Menjalankan Aplikasi Android Menggunakan BlueStacks AppPlayer

Pengguna Mac OS X Kini Boleh Menjalankan Aplikasi Android Menggunakan BlueStacks AppPlayer

Diterbitkan pada July 2, 2015 oleh .

BlueStacks merupakan salah satu emulator desktop yang membolehkan para pengguna menjalankan aplikasi Android, serta mengawalnya menggunakan papan kekunci dan tetikus. Ia ditawarkan untuk pengguna Windows sejak diperkenalkan beberapa tahun lepas, selain versi beta untuk Mac telah ditawarkan sejak tahun 2012 yang lepas.

BlueStacks

Hari ini, pembangun BlueStacks secara rasminya melancarkan versi stabil untuk BlueStacks AppPlayer untuk digunakan oleh para pengguna Mac. Menggunakannya, pengguna komputer riba Apple boleh menikmati aplikasi Android, serta membuat kawalan menggunakan trackpad mahupun papan kekunci.

Seperti biasa, terdapat beberapa aplikasi yang tidak berjalan lancar pada desktop memandangkan BlueStacks AppPlayer merupakan sebuah emulator sahaja. Namun, kebanyakkan aplikasi popular berjalan lancar, termasuk membolehkan pengguna menikmati input melalui mikrofon mahupun menggunakan kamera.

Bagi anda yang menggunakan Mac OS X, anda boleh memuat-turun BlueStacks App Player secara percuma hari ini, dan mula menggunakan aplikasi Android pada komputer anda.

Muat-Turun BlueStacks AppPlayer untuk Mac


TIPS & ULASAN