Cari @ Amanz

Pejam celik pejam celik kita sudahpun melangkah ke separuh kedua tahun 2015. Masa bergerak dengan terlalu pantas dan amalan puasa Ramadan yang mulia ini juga hanya tinggal separuh. Hari ini Xiaomi mengumumkan mereka berjaya menjual sebanyak 34.7 juta telefon pintar pada separuh tahun pertama 2015. Ini adalah peningkatan sebanyak 33% berbanding jualan tahun lalu. Jumlah ini mungkin kelihatan kecil jika dibandingkan dengan Apple yang menjual lebih daripada 74 juta unit peranti pintar pada suku terakhir 2014. Tetapi harus diingatkan Xioami ialah sebuah syarikat yang baru berusia lima tahun. Jumlah jualan separuh tahun pertama Xiaomi adalah hampir lima kali ganda jumlah jualan keseluruhan peranti pintar Blackberry sepanjang tahun 2014. Ianya juga menghampiri jualan kesemua peranti Windows Phone sehingga penghujung 2014 iaitu sebanyak 34.9 juta unit.

CI3yGmJUsAEa5bF

Jumlah jualan yang boleh dibanggakan ini nampak lebih menakjubkan apabila anda menyedari Xiaomi masih belum terjual di seluruh pasaran dunia. Mereka masih belum memulakan penjualan peranti pintar mereka di Amerika Syarikat dan Eropah. Selasa lalu mereka pertama kali menjual peranti pintar di luar pasaran Asia dengan penjualan di Brazil. Jelas sekali “beras kecil” ini sudah semakin besar dan tidak mustahil akan menjadi antara jenama peranti pintar paling besar di dunia.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd