Cari @ Amanz

AirAsia tidak lama sebelum ini telah memperkenalkan perkhidmatan WiFi dalam penerbangan, dimana ia dikhususkan untuk perkhidmatan permesejan sahaja. Kini, AirAsia turut memperluaskan sokongan WiFi dalam penerbangan mereka, dan turut memperkenalkan sokongan untuk pengguna menghantar Tweet dari kapal terbang.

AirAsia WiFi

Dengan pengenalan sokongan Twitter, Rokki Chat (platform WiFi yang digunakan ketika penerbangan oleh AirAsia) terus menambah sokongan aplikasi yang dibawakan oleh mereka, selain daripada WhatsApp, WeChat, KakaoTalk dan Line. Ini sekaligus membolehkan anda kekal berinteraksi dengan lain ketika dalam penerbangan, disamping mengikuti perkembangan semasa.

Perkhidmatan WiFi dalam penerbangan di AirAsia terhad kepada beberapa kapal terbang terpilih sahaja, dan pengguna dicaj sebanyak RM9 untuk menikmati perkhidmatan tersebut yang hadir dengan kuota 3MB.

Bagi anda yang pernah menaiki penerbangan AirAsia, pernahkah anda mencuba perkhidmatan WiFi dalam penerbangan mereka?

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd