(Ura-Ura) Asus Dikatakan Akan Hadir Dengan Variasi Zenfone Pada Harga Rendah

(Ura-Ura) Asus Dikatakan Akan Hadir Dengan Variasi Zenfone Pada Harga Rendah

Diterbitkan pada July 2, 2015 oleh .

Asus Zenfone boleh dikatakan antara telefon pintar yang boleh didapati pada harga yang berbaloi. Kini, nampaknya dalam usaha untuk terus mendapatkan pegangan pasaran – terutamanya di negara-negara membangun, Asus merancang untuk hadir dengan sebuah peranti Zenfone khusus pada harga yang lebih rendah.

Peranti ini dipanggil sebagai Asus Zenfone Go buat masa ini, dan dikatakan akan dijana menggunakan cip pemprosesan MediaTek. Telefon bersaiz 5-inci ini kelak turut dikatakan akan menyertakan memori sebanyak 2GB RAM, ruangan storan 8GB, kamera belakang 8-megapixel serta kamera hadapan 2-megapixel.

Asus Zenfone Go ini memandangkan lebih ditujukan kepada pengguna baru dan negara membangun, maka ia mungkin tidak menyertakan sokongan 4G LTE, dan terhad kepada rangkaian 3G sahaja.

Pihak Asus tidak mengeluarkan sebarang komen berkaitan peranti ini buat masa ini. Tetapi, ia akan menjadi agak menarik untuk melihat berapakah harga tawaran Asus Zenfone Go ini kelak.

Asus Zenfone 2


TIPS & ULASAN