Kemaskini Windows 10 Akan Diperkenalkan Secara Berperingkat Bermula 29 Julai – Bukan Semua Akan Terimanya Serentak

Kemaskini Windows 10 Akan Diperkenalkan Secara Berperingkat Bermula 29 Julai – Bukan Semua Akan Terimanya Serentak

Diterbitkan pada July 3, 2015 oleh .

Microsoft pada bulan lepas telah mengatakan Windows 10 akan hadir pada 29 Julai kelak. Hari ini, Microsoft berkongsi lanjut mengenainya, terutamanya mengenai bagaimanakah kemaskini berkenaan akan ditawarkan kepada semua pengguna. Microsoft mengatakan Windows 10 tidak akan diperkenalkan kepada semua pada masa yang sama, sebaliknya secara berperingkat.

Windows 10

Menurut Microsoft, pengguna Windows Insider yang telah sedia menguji Windows 10 sejak versi Technical Preview akan menerima kemaskini Windows 10 terlebih dahulu, dan ia akan diikuti oleh mereka yang telah membuat pra-tempahan melalui notifikasi yang dipaparkan pada Windows 7 dan Windows 8 sebelum ini.

Microsoft tidak mengatakan berkenaan bagaimanakah jadual pengenalan kemaskini tersebut kelak, tetapi mengatakan Windows 10 akan dimuat-turun ke komputer terlebih dahulu dalam menawarkan proses kemaskini yang mudah kepada pengguna.

Windows 10 akan ditawarkan secara percuma kepada pengguna Windows 7 dan Windows 8, dan Microsoft telah mengatakan sistem operasi Windows 10 akan selari dengan sejumlah besar peranti berasaskan Windows 7 dan Windows 8 dipasaran. Microsoft juga dijangka akan mengumumkan sejumlah komputer riba baru daripada rakan kerjasama pada pelancaran Windows 10 kelak.


TIPS & ULASAN