iPhone 6S Dilaporkan Bakal Menyertakan Sokongan Rakaman Video 4K

iPhone 6S Dilaporkan Bakal Menyertakan Sokongan Rakaman Video 4K

Diterbitkan pada July 3, 2015 oleh .

Rakaman video pada resolusi 4K semakin mendapat perhatian sejak setahun dua ini, dan kini mengikut desas-desus baru, ia dikatakan Apple mungkin menyertakan sokongan rakaman video pada resolusi 4K melalui kamera belakang pada telefon pintar terbaru mereka kealk.

Apple dikatakan mungkin menyertakan kamera belakang 12-megapixel pada telefon pintar yang akan menyusul pada tahun ini, dimana salah satu sokongan yang akan disertakan selain rakaman gambar dengan jelas adalah sokongan rakaman video 4K.

Mengikut beberapa desas-desus sebelum ini, Apple iPhone 6S dijangka mengekalkan rekaan yang lebih kurang sama dengan iPhone 6, tetapi sebaliknya membawakan penambah-baikkan pada bahagian dalaman. Bercakap mengenai sokongan rakaman video 4K sendiri, terdapat beberapa peranti mudah-alih yang menyokongnya pada hari ini. Tetapi ramai tidak menggunakannya kerana kekangan ruangan storan dan saiz rakaman video 4K yang bersaiz besar.

Apple sendiri menyediakan beberapa komputer dengan sokongan penyuntingan video 4K di pasaran pada hari ini, tetapi tidak diketahui sama ada desas-desus ini benar ataupun sebaliknya memandangkan iPhone tidak menawarkan penambahan saiz storan berbanding peranti lain di pasaran. Namun, mungkin bagi mereka yang mementingkan resolusi video rakaman, mereka tidak akan kisah untuk menghubungkan peranti ke komputer untuk memindahkannya bagi membolehkan peranti mereka sentiasa bersedia untuk merakamkan video seterusnya.

Disamping rakaman 4K, desas-desus sama juga turut mengatakan iPhone 6S kelak akan membolehkan rakaman video gerak-perlahan pada kelajuan sekitar 240fps.

Apa pun, sama-sama kita nantikan apakah sokongan ini akan hadir pada iPhone 6S dalam beberapa bulan lagi ataupun sebaliknya.


TIPS & ULASAN