Cari @ Amanz

Tahun lalu Blackberry hanya mampu menjual 7 juta peranti mereka. Ini adalah jumlah yang sangat menyedihkan kerana jumlah jualan ini boleh dicapai oleh iPhone 6 dalam masa 9 hari sahaja. Menyedari haikikat ini terdapat ura-ura Blackberry akan menghasilkan peranti Android pertama mereka dalam masa terdekat. Peranti ini dikhabarkan diberi nama Blackberry Venice dan beberapa gambar tertiris ke arena web. Hari ini sebuah lagi gambar yang dikatakan Venice tertiris. Ia menunjukkan papan kekunci fizikal yang digunakan.

Blackberry-Venice

Blackberry Venice dipercayai sebuah peranti lunsur dengan papan kekunci terbina. Skrin adalah sebesar 5.4″ QHD, diperkasakan pemproses enam teras Snapdragon 808, RAM 3 Gigabyte, kamera utama 18 Megapixel dan kamera hadapan 5 Megapixel. Kemasukan Blackberry ke dalam arena penghasilan peranti Android pastinya disambut baik peminat jenama ternama ini. Kami menyedari masih ramai pengguna yang mahukan peranti Android dengan papan kekunci Blackberry. Persoalannya adakah ini bakal mengubah nasib Blackberry ataupun sudah terlalu lambat.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd