Iklan Nike Ini Membolehkan Anda Menjadi Neymar Menggunakan Google Cardboard

Iklan Nike Ini Membolehkan Anda Menjadi Neymar Menggunakan Google Cardboard

Diterbitkan pada July 3, 2015 oleh .

Neymar da Silva Santos Júnior ataupun lebih dikenali sebagai Neymar adalah pemain bolasepak Brazil yang terkemuka. Pemain yang turut beraksi dengan kelab Barcelona ini adalah antara pemain terbaik di dunia sekarang. Beliau adalah duta untuk Nike dan bagi melancarkan but bola sepak Hypervenom Phanton II mereka, teknologi video 360 darjah digunakan. Sekiranya anda mempunyai Google Cardboard anda boleh menonton keseluruhan iklan dari pandangan Neymar.Ia memberikan anda ilusi berada di atas padang ketika sebuah perlawanan bola sepak sedang berlangsung. Anda boleh memalingkan pandangan anda sebanyak 360 darjah dengan hanya menggerakkan kepala.

Anda masih boleh menonton video ini menggunakan peranti pintar ataupun komputer tetapi ilusi seperti anda adalah kurang menjadi. Penggunaan teknologi video 360 darjah yang sangat menarik dan kreatif. Mungkin masih belum terlambat untuk menghasilkan iklan Hari Raya 360 darjah dan menempatkan diri anda di dalam Malaysia Book of Records.


TIPS & ULASAN