Cari @ Amanz

Di Facebook kera kali kami melihat kaum ibu yang “mempamerkan” koleksi perahan susu badan mereka dengan bangganya. Ada yang bangga dengan kemampuan memerah 12 botol susu badan setiap hari. Susu yang diperah kemudian disimpan untuk diberi kepada bayi. Tahap ketahanan susu badan yang sudah diperah bergantung kepada suhu. Pada suhu bilik ia mampu bertahan selama 6 jam. Jika disimpan di dalam peti sejuk pula ia mampu bertahan selama 5 hari. Sekiranya disimpan di dalam ruang beku pula ia boleh bertahan selama 3 bulan.

Masalah yang kami sedari ialah untuk menjejak “usia” susu yang telah diperah apabila ianya disimpan di dalam peti sejuk. Teknik yang digunakan para ibu bapa sekarang ia untuk menghidu bau. Ini bukanlah cara yang paling selamat dan akan gagal berfungsi sekiranya anda menghidap selesema. Ada semestinya tidak mahu tersilap memberi susu yang sudah tidak elok lagi kepada bayi anda.

Mommy-Watches

Mommy Watches ialah “jam pintar” yang digunakan bagi mengetahui sama ada susu yang ingin diberikan kepada bayi masih elok. “Jam” ini dipakaikan kepada botol susu selepas diperah. Apabila diaktifkan ia akan memulakan kiraan jam yang bergerak pantas ataupun perlahan mengikut suhu sekeliling. Tahap pengiraan masa akan menjadi perlahan apabila suhu rendah dan sebaliknya untuk suhu panas. Dengan menekan butang pada Mommy Watches, anda boleh mengetahui sama ada susu di dalam botol masih selamat diminum ataupun tidak. Selagi masa belum tamat lampu bewarna hijau akan menyala.

Sebagai seorang bapa yang menjaga anak di rumah dan bergantung kepada susu yang diperah isteri, ini adalah “jam pintar” yang amat diperlukan. Jika berminat anda boleh memesan sepasang Mommy Watches pada harga $15. Harga yang agak mahal tetapi dari pengalaman peribadi anda tidak boleh kedekut untuk memastikan keselamatan dan kesihatan anak anda. Biar berbelanja lebih asal tidak boleh tidur malam apabila mereka tidak sihat.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd