Cari @ Amanz

Uber Kuala Lumpur hari ini mengumumkan sebuah program baru mereka dinamakan UberRAMADAN yang akan beroperasi hanya esok sahaja, dan memfokuskan kepada pengumpulan pelbagai barangan keperluan harian untuk digunakan oleh badan kebajikan Rumah Pengasih Warga Prihatin.

UberRamadan

Untuk program khusus ini, UberRAMADAN akan diperlihatkan pada aplikasi Uber, dan pengguna hanya perlu memilihnya jika ingin melakukan sumbangan. Kenderaan akan dihantar untuk mengumpulkan barangan sumbangan daripada anda secara percuma. Uber mengatakan mereka tidak menerima sumbangan wang tunai, sebaliknya lebih kepada mengumpulkan barangan seperti, sabun, shampoo, makanan, susu, dan sebagainya. Uber lebih memfokuskan kepada barangan keperluan harian yang sering digunakan ramai.

UberRAMADAN ini akan beroperasi antara 12 tengah hari sehingga 5 petang esok, iaitu 4 Julai. Pengumuman ini hadir daripada Uber KL, dan mungkin ia terhad kepada pengguna Lembah Klang sahaja.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd