Google Glass Generasi Baru Bakal Hadir Tidak Lama Lagi?

Google Glass Generasi Baru Bakal Hadir Tidak Lama Lagi?

Diterbitkan pada July 4, 2015 oleh .

Google Glass merupakan kaca mata pintar daripada Google yang telah dibangunkan oleh bahagian Google X. Ia pada awalnya telah ditawarkan untuk para pembangun, sebelum ia turut ditawarkan secara terhad kepada sebilangan pengguna. Sehingga kini ia masih tidak dipasarkan secara meluas, berkemungkinan kerana kosnya yang masih tinggi.

Terkini, sebuah peranti baru dilabelkan sebagai GG1 telah hadir pada FCC di Amerika Syarikat, memberikan idea Google sedang dalam perancangan untuk memperkenalkan sebuah peranti baru – berkemungkinan Google Glass generasi kedua.

Buat masa ini, ia masih tidak diketahui lagi sama ada GG1 ini adalah Google Glass generasi baru, ataupun suatu peranti yang berasingan dan berbeza. Tetapi, jika ya ia adalah Google Glass, maka ia sesuatu yang menarik untuk melihat Google teruskan mencuba untuk menjayakan Google Glass, apatah lagi dengan arena realiti-maya dan headset kepala yang semakin mendapat perhatian ramai akhir-akhir ini.


TIPS & ULASAN