Oppo Mirror 5s Diperkenalkan Di Taiwan – Menyertakan Sokongan Infrared Untuk Mengawal Perkakasan Elektronik

Oppo Mirror 5s Diperkenalkan Di Taiwan – Menyertakan Sokongan Infrared Untuk Mengawal Perkakasan Elektronik

Diterbitkan pada July 4, 2015 oleh .

Oppo dalam persiapan untuk melancarkan peranti flagship terbaru mereka di Malaysia, tetapi pada masa yang sama tidak menghentikan mereka untuk turut hadir dengan penawaran peranti berspesifikasi rendah. Terkini, di Taiwan, Oppo dilihat telah memperkenalkan satu lagi telefon pintar baru dinamakan sebagai Oppo Mirror 5S.

Oppo Mirror 5s

Oppo Mirror 5s

Oppo Mirror 5s membawakan skrin bersaiz 5-inci, dan hadir dengan ciri-ciri peranti pertengahan lain. Ia dijana menggunakan Snapdragon 410 1.2Ghz, memori 2GB RAM, ruangan storan 16GB, serta bateri berkapasiti 2420mAh. Pihak Oppo turut melengkapkan ia dengan sokongan dwi-SIM 4G, selain menyertakan kamera belakang 8-megapixel dengan sokongan rakaman gambar HDR.

Oppo Mirror 5s ini menggunakan Android 5.1 Lollipop, dan boleh dikatakan antara peranti terawal Oppo yang dijana menggunakan sistem operasi versi berkenaan.

Satu lagi ciri menarik yang hadir pada peranti dengan spesifikasi pertengahan ini adalah sensor infrared. Ini membolehkan pengguna mengawal beberapa alatan elektronik, seperti televisyen, dan sebagainya – sekaligus menggantikan penggunaan alat kawalan biasa.

Harga jualan telefon pintar ini di Taiwan tidak diumumkan, dan ia tidak diketahui lagi bilakah peranti ini akan ditawarkan pada peringkat global.

Oppo Mirror 5s


TIPS & ULASAN