Cari @ Amanz

BlackBerry telah menyertakan sokongan aplikasi Android pada telefon mereka sebelum ini, tetapi ia masih kurang menjadikan ia diminati ramai. Sebelum ini, kita telah mendengar beberapa laporan mengatakan BlackBerry akan hadir dengan telefon Android, dan kini sebuah imej hadir ke arena web dikatakan sebagai peranti yang bakal diumumkan tersebut.

BlackBerry Android

Melalui gambar yang dikongsikan oleh @evleaks ini, ia memperlihatkan skrin dengan bahagian melengkung pada bahagian tepi, selain pada bahagian bawahnya ia menyertakan bahagian speaker. Jika ia membawakan rekaan telefon dengan papan kekunci fizikal yang boleh diluncurkan seperti diperlihatkan pada Mobile World Congress lepas, maka mungkin bahagian speaker ini boleh diluncurkan ke bawah, dan pengguna boleh melakukan input menggunakannya dengan mudah.

Pihak BlackBerry tidak mengeluarkan sebarang komen berkaitan peranti ini buat masa ini. Tetapi daripada gambar yang hadir ke web ini, ia memperlihatkan integrasi pelbagai perkhidmatan Google, dan mungkin BlackBerry menyertakan sokongan Play Store padanya.

Jadi, jika ini adalah telefon Android pertama daripada BlackBerry, yang mana hadirnya dengan sokongan papan kekunci fizikal, maka adakah anda akan mendapatkannya?

BlackBerry Slider

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd