Cari @ Amanz

Mozilla pada tahun ini telah mula aktif membangunkan kembali pelayar web Firefox untuk iOS dalam usaha menawarkan pelayar web mereka pada pelbagai platform. Selain berkongsi pembangunan projek berkenaan melalui Github, kini Mozilla turut telah menerbitkan beberapa rekaan prototaip awal untuk pelayar web mereka tersebut.

Firefox iOS

Firefox iOS

Firefox iOS

Melalui paparan skrin awal yang diperlihatkan, Mozilla dilihat membwakan antaramuka yang lebih kurang sama pada versi Android, tetapi pada masa yang sama lebih mengoptimasikannya untuk pengguna iOS. Mereka juga turut dilihat mencuba paparan pelbagai tab terbuka pada halaman sama untuk memudahkan pelayaran web.

Buat masa ini, pihak Mozilla masih tidak memberikan sebarang tarikh berkenaan bilakah ia akan dilancarkan secara rasminya. Jika anda seorang pembangun, anda boleh menyertai pembangunan pelayar web ini terus melalui laman GitHub.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd