YotaPhone Dilaporkan Akan Menggunakan Sailfish OS Menggantikan Android Pada Peranti Akan Datang

YotaPhone Dilaporkan Akan Menggunakan Sailfish OS Menggantikan Android Pada Peranti Akan Datang

Diterbitkan pada July 5, 2015 oleh .

YotaPhone merupakan salah satu jenama telefon pintar yang telah memasuki pasaran tempatan secara rasmi pada tahun lepas, dimana ia membawakan penggunaan dwi-skrin – pada bahagian hadapan dan belakang. Dua telefon YotaPhone telah dikeluarkan setakat ini, dimana kedua-duanya menjalankan sistem operasi Android.

YotaPhone2

Namun, mengikut laporan terbaru, syarikat dari Russia ini dikatakan akan menggantikan sistem operasi telefon pintar berkenaan daripada Android kepada Sailfish OS pada peranti akan datang mereka. Ia tidak diketahui lagi sama ada pengguna peranti sedia ada akan turut ditawarkan dengan sistem operasi sama ataupun sebaliknya.

YotaPhone terkenal kerana penggunaan dwi-skrin, membolehkan pengguna menggunakan skrin kedua berasaskan epaper pada bahagian belakang untuk tujuan memaparkan info semasa yang terpilih, membaca buku, dan beberapa yang lain.

Ia tidak diketahui sama ada pengguna akan menerima perubahan sistem operasi ini ataupun tidak. Tetapi, ia dilihat seperti sedikit selari dengan pengumuman pihak kerajaan Russia sebelum ini, mengatakan ingin membangunkan sistem operasi tersendiri berasaskan Sailfish OS.


TIPS & ULASAN