Samsung nampaknya telah pun mula menawarkan kemaskini pertama untuk sistem operasi yang digunakan oleh peranti Galaxy S6 dan juga Galaxy S6 Edge, dimana kini pengguna telah mula menerima Android 5.1.1 Lollipop. Seperti biasa, Samsung menyertakan beberapa perkara baru melalui kemaskini ini.
Samsung mengatakan mereka menambah baik kestabilan sistem operasi, menambah-baik antaramuka TouchWiz, selain turut menyertakan beberapa fungsi baru, termasuk pengenalan Guest Mode, tetapan baru pada kamera, dan bebrapa yang lain.
Bagi anda yang menggunakan Galaxy S6 atau Galaxy S6 Edge, anda boleh mengemaskini peranti anda kepada versi terbaru ini dengan ke halaman Settings dan memulakan proses kemaskini anda. Seperti sebelum-sebelum ini, kemaskini ini diperkenalkan secara berperingkat kepada semua pengguna.