Cari @ Amanz

Menunggang basikal ialah hobi yang amat baik untuk kesihatan dan semakin popular di negara maju. Malang sekali ia turut membawa pelbagai risiko kerana perangai pemandu Malaysia yang sangat berbudi bahasa. Beberapa penunggang basikal negara telah kembali bertemu ilahi selepas digilis dari belakang ketika berlatih. Penyelesaian kepada masalah ini ialah menggunakan motosikal pengiring bagi memastikan insiden sebegini tidak berlaku lagi. Tetapi sekiranya anda mahu berbasikal seorang diri anda tidak mampu untuk menggaji motosikal pengiring. Apakah yang boleh anda lakukan bagi memastikan keselamatan ketika menunggang?

Garmin-Varia-Radar-Bike

Sistem radar belakang Garmin Varia mungkin alat yang mungkin boleh anda miliki. Sistem radar ini mengesan bahagian belakang basikal sehingga jarak 140 meter. Apabila kenderaan dikesan paparan LCD yang dipasang pada pemegang akan berkelip. Kadar kelipan bergantung kepada kelajuan kenderaan menghampiri anda. Pada waktu yang sama lampu LED yang dipasang pada bahagian belakang basikal akan berkelip dengan pantas bagi memastikan basikal anda dilihat oleh pemandu kenderaan yang menghampiri anda.

Sistem radar Garmin Varia ini akan dijual pada suku ketiga 2015 pada harga $299.99 (RM 1137) . Ajal maut memang diangan tuhan tetapi jika anda dapat mengurangkan risiko digilis dari belakang, radar buatan Garmin ini boleh melakukannya.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd