Xiaomi Mengemaskini Harga Jualan Redmi 2 – Kini Berharga RM399

Xiaomi Mengemaskini Harga Jualan Redmi 2 – Kini Berharga RM399

Diterbitkan pada July 6, 2015 oleh .

Xiaomi Malaysia hari ini telah menurunkan harga jualan telefon pintar mampu-milik mereka, Redmi 2 daripada RM449 kepada RM399. Ini sekaligus membawakan pengurangan sebanyak RM50, selain pengguna turut boleh menikmati potongan daripada promosi sempena Hari Raya yang dilakukan hari ini.

Xiaomi Redmi 2

Xiaomi Redmi 2

Xiaomi Redmi 2 telah dilancarkan secara rasminya pada bulan Mac ini, dimana ia hadir dengan skrin bersaiz 4.7-inci, menggunakan cip pemprosesan Snapdragon 410 1.2Ghz, memori 1GB RAM, serta ruangan storan sebesar 8GB. Redmi 2 turut dilengkapi bateri berkapasiti 2200mAh, kamera belakang 8-megapixel serta kamera hadapan 2-megapixel.

Dengan potongan harga ini, dan melalui promosi bersempena Hari Raya 2015, pengguna boleh mendapatkan telefon pintar Redmi 2 ini pada harga serendah RM349.

Jadi, melalui potongan harga ini, adakah pihak Xiaomi memberikan petanda akan membawa masuk Redmi 2 Enchanced yang menyertakan memori 2GB RAM serta storan 16GB ke pasaran Malaysia tidak lama lagi?

Layari : Xiaomi Redmi 2


TIPS & ULASAN