Cari @ Amanz

Kelebihan komputer desktop ialah anda boleh menyambung lebih daripada satu monitor pada satu-satu masa dengan mudah. Menggunakan lebih daripada satu skrin menambahkan produktiviti dan memudahkan kerja harian anda. Sekiranya anda menggunakan komputer riba ini adalah sukar dilakukan.

Slinde-N-Joy-1

Slide N’ Joy cuba menyelesaikan masalah ini dan membolehkan komputer riba anda menggunakan sehingga 3 monitor serentak. Dua monitor tambahan Slide N’ Joy dipasang pada bahagian belakang komputer riba dan boleh dilipat apabila tidak diperlukan. Engsel kedua-dua monitor boleh dilipat sehingga 180 darjah. Sambungan dilakukan menggunakan satu port USB 3.0. Kedua-dua skrin yang digunakan pula mempunyai resolusi maksimum 1080P.

Terdapat dua jenis Slide N’ Jpy dihasilkan iaitu versi satu ataupun dua skrin tambahan. Anda juga boleh memilih tiga saiz skrin iaitu 13″, 15″ dan 17″. Slide N’ Joy menyokong komputer riba Mac dan juga Windows. Konsep yang menarik tetapi ini pastinya akan memendekkan hayat bateri komputer riba anda. Projek ini sedang mengumpul dana untuk penghasilan secara komersial. Harga jualan masih belum ditetapkan tetapi sekiranya anda memerlukan lebih dari satu skrin pada komputer riba, Slide N’ Joy pasti ingin anda miliki.

Slinde-N-Joy-2

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd