Cari @ Amanz

Instagram sehingga kini hanya menyimpan gambar perkongsian pengguna pada resolusi 640×640 pixel sahaja, tetapi kini perkhidmatan perkongsian gambar yang dimiliki oleh Facebook tersebut dilihat sedang melakukan perubahan dan telah mula menyimpan gambar perkongsian pada saiz yang lebih besar.

Melalui beberapa gambar terbaru yang dikongsikan di Instagram hari ini, pihak Instagram dilihat telah mula menyimpannya pada resolusi 1080×1080 pixel. Perubahan ini tidak diumumkan secara rasmi oleh Instagram buat masa ini, tetapi pelbagai gambar yang dikongsikan hari ini dilihat telah mengguna-pakai resolusi ini.

Pengenalan ini mungkin selari dengan pelbagai telefon pintar di pasaran yang telah mula merakamkan gambar pada resolusi penuh berbanding beberapa tahun yang lepas.

Mungkin kita akan mendengar lanjut mengenai perubahan ini daripada pihak Instagram tidak lama lagi.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd