Carian
Sony Mengatakan Akan Kekal Dalam Perniagaan Peranti Mudah-Alih – Tiada Perancangan Untuk Menutupnya
July 7, 2015 Aman

Sony sebelum ini pernah beberapa kali dilaporkan akan menamatkan perniagaan peranti mudah-alih mereka dan memfokuskan kepada perniagaan yang lebih menguntungkan seperti sensor kamera, PlayStation dan sebagainya. Kini, CEO Sony Mobile, Hiroki Tototki menidakkan perkara tersebut dan mengatakan Sony terus komited dalam arena peranti mudah-alih.

Xperia

Sony merupakan antara pengeluar peranti mudah-alih yang hadir dengan rekaan menarik, selain penawaran yang berguna kepada pengguna, termasuk penggunaan bateri yang lama serta ciri-ciri kalis air. Dengan era peranti mudah-alih menjadi pusat untuk pelbagai perkara, semestinya Sony tidak ingin meninggalkan arena ini.

Sebelum ini, Sony dikatakan akan menutup bahagian peranti mudah-alih selepas mencatatkan kerugian pada tahun lepas. Berkongsi mengenai perancangan akan datang, Sony mengatakan akan mengurangkan kos sehingga 30% menjelang penghujung 2016 kelak, selain mengurangkan tenaga kerja sebanyak 20%.

Sony mengatakan mereka akan melakukan pelbagai transformasi pada tahun ini, dan menyasarkan untuk mencatatkan kewangan yang lebih baik pada tahun 2016 kelak.

Komen